assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan untuk aku terus mencari kestabilan hidupku yang masih lagi bergoncang merintih kesempurnaan..
ramai yang bertanya..kenapa aku kembali menulis blog..kenapa aku kembali menaip perkataan yang entah betul atau tidak tujuannya..aku ada sebab yang tersendiri..mungkin kehidupan aku kembali kepada kehidupan semasa di kuantan..kerana di situlah aku menceburi bidang blogger..
kehidupan aku kini sudah banyak berubah jka hendak dibandingkan dahulu..buat masa sekarang aku hanya mahu mencari kestabilan hidup..untuk aku menstabilkan iri ini yang masih lagi terumbang-ambing ditiup gelora dunia yang sememangya tidak akan mengasihani sesiapa pun..jika kita pandai berdikari, maka selamatla kita..jika kita tidak pandai, maka hancurla kita..
dalam kehidupan kita perlulah mengenal erti pengorbanan, penat lelah, jatuh bangun dan sebagainya..kerana hidup ini ibarat roda..sekali kita di atas, tidak selamanya kita akan berada di atas..kita mungkin akan menghadapi rintangan yang mencabar..tapi ingatlah Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menangung ujian tersebut..
ingatlah di saat kita melihat matahari, tetiba Allah datangkan hujan dan ribut menghilangkan cahaya matahari..kita menangis dan mempersoalkan kenapa ia berlaku pada kita...tapi kita tidak tahu Allah mahu menghadiahkan kita pelangi selepas hujan..hidup ini indah jika kita tahu mengharunginya..sekian
No comments:
Post a Comment