assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..syukur kehadirat Ilahi kerana masih lagi memberi nikmat kegagahan untuk hambanya ini back ke dunia blog untuk kembali menulis pengalaman, kehidupan, kegembiraan serta kesedihan untuk dikongsi bersama..mungkin satu hari nanti pengalaman aku ini akan dapat digunakan untuk kemudian hari..(ayat skema sikit sebab mukadimah...hahha)
mungkin ramai yang tidak mengenali aku kerana aku ni jenis silent blogger..sudah hampir 2 tahun aku tidak menulis di blog seperti ini..blog aku dahulu terpaksa dihapuskan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan..mmg aku sangat sayangpada blog tersebut kerana bermacam-macam jalan hidup aku dikongsikan disana..apa daya aku untuk mempertahankan semuanya..
akhir sekali aku mengambil keputusan untuk membina 'empayar' baru..untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku dahulu (padahal xde gemilang sangat pun)..apa2 pun aku akan cuba untuk kembalikan suasana blog aku dahulu..kepada rakan2 blogger aku dahulu...sabar...aku ku cari seorang demi seorang...sekian
No comments:
Post a Comment