GuaBlog

Saturday, 7 January 2012

SEKAMAT TINGGAL 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan untuk aku terus hidup dan berkongsi apa jua pengalaman di muka bumiNya ini..

pertama sekali mungkin entry ini tidak patut di 'post' kan kerana kita sekarang sudah berada dalam tahun 2012 selama 8 hari..tapi aku saja jer nak cerita sikit pengalaman aku dalam tahun 2011 tu..aku pun xtahu nk isytiharkan tahun 2011 tu tahun apa dalam sejarah hidup aku..

untuk permulaaan tahun 2011 aku baru jer menamatkan pengajian aku dalam bidang engineering..so waktu tu bermula lah zaman 'kegelapan' aku..hehhee..bukan zaman aku bergelap la..zaman bermulanya hidup seorang penanam anggur heheh...dalam masa aku mengangur itu banyak tempat aku cari dan apply kerja..usah kata dapat kerja..temudugapun berapa jer yang dapat jika nk dibandingkan dengan banyaknya tempat yang aku mintak tu..

ok..tu mula2 zaman penganguranlah..bila dah xdapat kerja..aku masuk krusus bahasa inggeris..mula2 malu gak dah aku yang paling tua..sbb kebanyakan dari pelajar yang masuk krusus tu dari lepasan spm yang aru habis..tapi nk xnak sbb kerana ilmu..aku masuk jer..

habis dari krusus itu aku mencuba lagi mencari kerja..juga tidak dapat..mula2 aku putus asa sbb dah banyak sangat aku apply dan temuduga..tapi xde rezeki..sesunguhnya Allah itu Maha Mengetahui, segala-galanya Dia sudah atur supaya aku menjadi  hamba yang taat Insya'Allah..abah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung peringkat awal..rupanya bidang penganguran ni adalah kerja yang mulia..aku dapat menjaga abah di hospital..cukup sempurna dan indah jadual yang Allah tetap pada hidup aku..Allahmdulillah sekarang abah sudah sihat cuma tidak boleh buat kerja2 berat..

pada tahun 2011 juga adalah tahun yang amat perit untuk aku tempuhi..aku pun tidak tahu nk tulis mcm ner..selepas hari raya puasa aku dipertemu kembali dengan kekasih lama..kami sudah hampir 2 tahun berpisah..kami kembali bertaut..walaupun aku sudah lama brpisah..tapi cinta aku padanya masih lagi seperti kali pertama aku menyintainya..kami sudah 6 tahun kenal..cukup 4 bulan aku dikejutkan dengan dia menyatakan dia ada org lain..tamparan yang cukup hebat pada aku untuk tahun 2011..walaupun sedih, aku terpaksa melepaskannya demi cintanya..mungkin ini hanya ujian dari Allah untuk aku terus cekal dan lebih matang dalam sesebuah kehidupan..

ok tutup buku 2011..kini sudah buka buku 2012 (bukan cinta muka buku yer)  untuk tahun ni aku berharap aku dapat satu kerjaya yang akan meberi aku masa depan yang cerah..lupakan kisah 2011 untuk aku terus mencari langkah2 kehidupan aku sendiri..sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...