GuaBlog

Sunday 15 January 2012

KENANGAN


assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk terus bernafas..

petang tadi baru je lepas pergi ipoh..jumpa kawan lama..ingat malas dah nk jejak kaki kat ipoh sbb kalau pergi sana mungkin akan mengakibatkan kenangan lama kembali bernafas dalam diri ini..tub2 kena pergi jugak sbb kawan lama ajak jumpa..kawan punya pasal..

sampai ipoh call kawan tersebut..dia cakap nk jumpa minum air dekat kawasan jusco ipoh..nak xnak kena pergi jugak la sbb dah janji..siap ambil gambar lagi kat depan jusco tu..bukan gambar aku la..gambar yang membuktikan yang aku pergi situ selepas 4 bulan lepas jusco itu lah yang menjadi saksi pertemuan kembali aku dengan si dia..

terkedu jugak tadi bila lalu depan tu..teringat kembali kenangan 4 bulan lepas kami berdua di situ..tapi apa kan daya..jodoh pertemuan di tangan Allah..walaupun aku sayang kepadanya..tapi hatinya kepada org lain..yang aku mmpu buat adalah dengan melepaskan dia pergi walaupun berbagai janji telah dia tabur untuk memiliki cinta aku walaupun hanya sementara..

semoga si dia akan sentiasa dalam perlindunganNya..semoga berbahagia selalu..sekian..

Thursday 12 January 2012

STRESS AND STRAIN


assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan di dunia ini..

minggu ini sangat sulit untuk aku menyusuri hari2 dalamnya..mana tidaknya, banyak benda kena buat...nk jawab soalan exam yang bertajuk stress and strain membuataku jadi stress sangat...semoga Allah memberi sepenuh kekuatan pada aku untuk aku meneruskan hari2 mendatang..adakah sinar cahaya akan kembali?sekian

KEHIDUPAN

assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan untuk aku terus mencari kestabilan hidupku yang masih lagi bergoncang merintih kesempurnaan..

ramai yang bertanya..kenapa aku kembali menulis blog..kenapa aku kembali menaip perkataan yang entah betul atau tidak tujuannya..aku ada sebab yang tersendiri..mungkin kehidupan aku kembali kepada kehidupan semasa di kuantan..kerana di situlah aku menceburi bidang blogger..

kehidupan aku kini sudah banyak berubah jka hendak dibandingkan dahulu..buat masa sekarang aku hanya mahu mencari kestabilan hidup..untuk aku menstabilkan iri ini yang masih lagi terumbang-ambing ditiup gelora dunia yang sememangya tidak akan mengasihani sesiapa pun..jika kita pandai berdikari, maka selamatla kita..jika kita tidak pandai, maka hancurla kita..

dalam kehidupan kita perlulah mengenal erti pengorbanan, penat lelah, jatuh bangun dan sebagainya..kerana hidup ini ibarat roda..sekali kita di atas, tidak selamanya kita akan berada di atas..kita mungkin akan menghadapi rintangan yang mencabar..tapi ingatlah Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menangung ujian tersebut..

ingatlah di saat kita melihat matahari, tetiba Allah datangkan hujan dan ribut menghilangkan cahaya matahari..kita menangis dan mempersoalkan kenapa ia berlaku pada kita...tapi kita tidak tahu Allah mahu menghadiahkan kita pelangi selepas hujan..hidup ini indah jika kita tahu mengharunginya..sekian

Wednesday 11 January 2012

10 BANDAR DAN KAMPUNG YANG UNIK


1. Kampung yang mempunyai penduduk hanya seorang
Don Sammons, 60,  tinggal di dalam sebuah desa aneh yang hanya berpenduduk 1 orang, iaitu dirinya sahaja.
Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah tanah tinggi dengan suhu rendah terlebih di musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan dapat berkembang. Namun tidak demikian dengan Sammons yang  tetap tinggal di sana walaupun seorang diri.
Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2,000 orang pekerja landasan kereta api. Setelah isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk pindah ke kota Colorado.
Sammons mengelola sendiri sebuah stesen minyak kecil dan sebuah kedai runcit untuk melayani mereka yang singgah dalam perjalanan. “Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1,000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons yang mengakui dirinya sebagai raja di Buford.
2. Kampung tanpa jalanraya
Kampung Giethoorn di Holland adalah sebuah kampung yang aneh dan unik. Tidak ada satu jalanraya pun di situ. Yang ada hanyalah laluan air dan laluan untuk berbasikal. Manakala pelawat-pelawat ke sini pula digalakkan menyewa bot eletrik senyap yang digelar ‘Whisper Boat’. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=OD-DsLsCupM
3. Kampung yang dipenuhi dengan orang-orang kerdil
Kampung ini digelar dengan nama ‘Dwarf Empire’ , terletak bersebelahan Bukit Xishan, 40km ke barat Kunming, Wilayah Yunnan, China. Orang-orang kerdil yang lebih dari 100 orang itu disediakan rumah yang berbentuk seperti cendawan untuk tinggal.
Ianya dijadikan sebagai taman tema untuk menarik pengunjung dan membuat duit.  Seumpama orang-orang kerdil dalam cerita ‘Gulliver’s Travel’, cuma mereka tidak sehalus orang-orang halus dalam cerita dongeng itu.
Ia ditubuhkan pada bulan Mei 2009 oleh Chen Mingjing, seorang usahawan elektronik dan hartanah yang berjaya, serta pengerusi Tunnan Jiacui Yundi Biotechnology Co Ltd. Ianya sebenarnya adalah salah satu daripada tiga bahagian – iaitu Dwarf Empire, Butterfly Park, dan Space-time Square.
4. Bandar sampah
Bandar ini dikenali sebagai ‘Garbage City’ terletak di luar Kaherah (Cairo), Mesir. Ia dihuni oleh masyarakat pekerja yang dipanggil Zabbaleen, yang secara peribadi mengumpul, menyusun, mengguna semula, menjual semula atau sebaliknya repurpose sisa buangan Kaherah.
5. Kampung dengan penduduk berjari macam ketam
Sebuah perkampungan yang penduduknya mengalami kelainan fizik ditemui di Dusun Ulutaue, Desa Mario, daerah Mare, Bone, Sulawesi Selatan. Di sana, puluhan penduduknya menderita kelainan di jari kaki dan tangan. Mulai dari yang lanjut usia hingga bawah lima tahun, jari-jari mereka terbelah menjadi dua hingga mirip sepit ketam.
Walaupun begitu, mereka tak pernah malu dengan warga kampung lain. Bahkan hal ini sudah menjadi hal biasa seperti takdir mereka. Boleh jadi, keanehan tersebut terjadi lantaran gizi pemakanan yang kurang sejak usia dalam kandungan. Maklumlah, pekerjaan mereka sehari-hari hanyalan nelayan. Ironisnya, hingga sekarang belum satu pun pasukan perubatan atau kerajaan dengan tepat meneliti bahkan mengubati para penduduk di kampung itu.
Akibat keanehan pada jari-jari mereka, sebahagian penduduk kampung lain ada yang merasa jijik bergaul dengan mereka. Tak hanya itu, perkampungan mereka pun diberi sebutan ‘Kampung Manusia Ketam’ oleh penduduk setempat.
6. Kampung berpenduduk Poligami
Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu kejahatan. Tetapi bagi 1,200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah kampung kecil di Colorado Arizona, berpoligami menjadi impian. Bahkan para gadis justeru ingin berbahagi suami saat menikah kelak. Sekitar 1200 penduduk Centennial Park, kampung kecil berhampiran Colorado, menunjukkan bahawa mereka berpoligami juga dengan alasan sendiri. Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya.
Seperti Ariel Hammon, 32, yang menikahi Helen, 30, yang memberinya tujuh orang anak, kemudian menikahi Lisa, 20, yang memberinya dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya berpoligami bererti menambah tenaga kerja untuk membangun rumah-rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membangun rumah baru berhampiran rumah induk hanya dalam waktu dua hari. Itu kerana ramai anak, banyak sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.
Cemburu kerana cinta berbelah bagi?  “Kami tidak pernah memikirkannya, justeru ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas siswa Ariel seperti halnya Lisa. “Saya tidak ada masalah Ariel sudah menikah, itu saya anggap bonus,” tambah Lisa.
Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum menikah. Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park cenderung tertutup dan curiga dengan orang asing. “Kerana agama melarang (seks sebelum menikah),” kata seorang penduduk.
Ariel juga menilai program Big Love di televisyen HBO yang menggambarkan intrik, kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya. Ariel menilai yang terpenting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak sehingga seks bukan prioriti. “Untuk seks, harus mencuri waktu kerana ramai anak di rumah. Tetapi seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.
7. Kampung yang penduduknya hidup tanpa air bersih
Lebih dari 40 tahun penduduk Pedukuhan Wangon, Desa Kubangsari, daerah Ketanggungan, Kabupaten Brebes, Jawa Tengah, hidup tanpa air bersih. Mereka merasa hidup tak layak di negara merdeka. Kampung yang berpenduduk lebih dari 2,255 orang ini hidup tanpa air bersih.
Air bersih bagaikan barang yang sulit diperolehi. Sementara kerajaan seolah menutup mata terhadap kesulitan warganya itu.
Konon katanya, kampung ini kena kutukan kerana ada seorang nenek yang meminta air minum dari warga kampung tapi tidak ada yang berikan.
8. Kampung tanpa katil
Dusun Kasuran adalah salah satu dusun yang ada di desa Margodadi, daerah Seyegan, Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia.. Sepintas lalu memang tidak berbeza dengan dusun yang lain, tapi satu hal yang membezakan adalah majoriti penduduknya tidak tidur di atas katil.
Tradisi ini sudah berlangsung turun-temurun sejak zaman nenek moyang, dan tidak cuma ditaati oleh orang-orang yang sudah sepuh, tapi juga orang-orang muda dan anak-anak. Majoriti penduduk tidur hanya beralaskan tikar atau tilam yang tidak ada katilnya.
9. Kampung yang dikorek pada batu-batu
Kampung Kandovan yang dikorek pada batu-batu dan membentuk seperti gua-gua ini terletak di timur Azerbaijan, 60km dari bandar Tabriz,  Iran.  Kampung ini dikatakan berusia lebih dari 700 tahun.
Banyak rumah-rumah di Kandovan telah diukir dari formasi berbentuk kon asli dibuat dari abu gunung berapi yang dimampatkan.
10. Kampung dengan 100 lebih Kembar Seiras
Kampung Kodinhi di daerah Malappuram, Kerala, India ini dikenali juga sebagai ‘wonderland of twins’. Tidak hairan jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu per satu. Kedua puluh pasang anak kembar itu berjenis kelamin sama dan merupakan kembar seiras. Para guru kerap salah ketika menyapa nama mereka. Apalagi setiap pasang anak kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.
Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satu pembeza mereka. Selebihnya mereka hampir sama. Penduduk kampung Kodinhi yang majoriti muslim juga mengatakan, keberadaan anak kembar di kampung itu bukan hal yang aneh. Mereka menganggapnya sebagai hal istimewa yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta.
Kebanyakan anak kembar juga lahir di hospital yang sama. Menurut gynaecologist hospital setempat, selama 10 tahun dia bekerja tercatat ada 100 hingga 150 kembar. Lima atau enam di antaranya kembar tiga. Kenyataan itu melahirkan misteri yang mengundang untuk diteliti lebih lanjut

kredit for : http://wootmedia.my

Tuesday 10 January 2012

LIONS XII VS KELANTAN FA


assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah kerana masih lagi memberi aku nikmat kehidupan untuk aku terus bejuang di muka bumiNya ini..

malam tadi berlangsungnya beberapa perlawanan di dalam liga super atau lebih dikenali sebagai liga M.atara perlawnan yang hangat diperkatakan adalah perlawanan diantara lions XII menerima kujungan kelantan..dalam perlawanan tersebut kelantan menang dengan keputusan 2-1 sekali gus memadam ego pasukan dari singapura tersebut..

bagi sesetengah pihak ia mungkin satu perlawanan antara maruah sesebuah negara walaupun ia hanya perlawanan antara kelab..pada tahun 1980 kelantan adalah pasukan pertama menewaskan pasukan singapura di stadium kalang singapura hasil jaringan wan hassan..pada ketika itu singapura sememangnya amat terkenal dengan kekebalan di halaman sendiri..setelah 30 tahun..sekali lagi kelantan membuka tirai menewaskan singapura di stadium jalan besar

ini membuktikan kelantan adalah salah satu gergasi bola sepak malaysia dan juga asia tenggara..go more kelate go more..sekian

Sunday 8 January 2012

PERISTIWA MAKKAH DITAWAN


SERANGAN AWAL PAGI

Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.
Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.
Masjidil Haram meletup

Masjidil Haram meletup

KEPONGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.
Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.
Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Perancis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.
3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”

3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
Kesan selepas pembebasan

Kesan selepas pembebasan

Pengganas yang berjaya ditangkap

Pengganas yang berjaya ditangkap

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.
KESAN JANGKA PANJANG
Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.
Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.

PIALA SUMBANGSIH 2012


assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalin puji bagi allah yang telah memberikan aku nikmat kehidupn untuk aku terus berkongsi pengalaman hidup sesama manusia..

malam tadi brlangsung satu perlawanan antara juara liga super dan juara piala malaysia untuk merebut piala sumbangsih..keputusan perlawanan memihak kepada pasukan negeri sembilan dengan jaringan 2-1..tahniah pasukan negeri sembilan.

aku sebagai peminat setia the red warriors sedikit kecewa apabila pasukan kesayangan aku tewas dalam mempertahankan piala sultan haji ahmad shah itu..apa2 pun ingat lah

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan hujan lebat dan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar kecewa kerana tidak mendapat matahari. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Jangan kecewa. Gagal hari ini, bukan bermakna kalah lagi untuk hari esok. Kejayaan yang tertangguh. Anda tetap bersama kami The Red Warrior.

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...