GuaBlog

Sunday 25 March 2012

PPK PEMBUATAN JUARA

gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kepada hambanya ini..

ini adalah berita terbaru yang kami dapat dari sumber yang boleh dipercayai. sebentar tadi berlangsungnya acara penutupan kejohanan sukan olahraga unimap 2012 di stadium kangar. Kejohanan yang dijalankan dalam keadaan penuh gilang gemilang dilangsungkan selama 3 hari bermula dari hari jumaat lagi.

dalam kejohanan ini PPK Pembuatan dinobatkan juara keseluruhan untuk edisi kali ini. Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan dan membantu PPK Pembuatan marangkul kejuaraan keseluruhan pertama.

menurut dari seorang pensyarah dimana namanya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu dari PPK ini berkata, "PPK Pembuatan juara keseluruhan sukan olahraga 2012..! pertama kali dalam sejarah school..tahniah kepada penyumbang mata - atlit2, kontigen perbarisan, maskot dan hiasan khemah ..KITA JUARA".sekian

berikut adalah keputusan rasmi kejohanan olahraga unimap 2012

olahragawan: atlit daripada PPK Bahan
olahragawati: atlit dari PPK alam sekitar dan bioproses (bersama)

Hiasan rumah/khemah tercantik:
pertama: PPK Mekatronik
kedua: PPK mikroelektronik
ketiga: PPK Bahan

Perbarisan/Kawad terbaik: PPK Alam sekitar

Juara keseluruhan (pingat): PPK Alam sekitar
Juara keseluruhan (pungutan mata): PPK Pembuatan

SEJAUH MANA TAHAP GENIUS ANDA ????

Tengah releks? Apa kata anda cuba uji minda dengan beberapa soalan yang berbunyi senang tetapi..Hehehe. Ujian Minda menentukan betapa cekapnya anda!!


Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!! lihat bawah


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Soalan Ketiga: 
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?



Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan: Sebenar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan ke empat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?



Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati mudah sahaja.


Apa? Anda tidak dapat menjawab 1 soalan dengan betul? Nampaknya anda belum boleh di letak diantara gologan genius.

Saturday 24 March 2012

PROJEK RM300 JUTA ATASI MASALAH BANJIR DI PERLIS



Pastinya semua masih ingat peristiwa banjir besar yang berlaku di Perlis tempohari. Banjir yang hampir menenggelamkan seluruh negeri Perlis. Semalam, kerajaan negeri Perlis mengumumkan bajet besar untuk mengatasi masalah banjir di negeri Perlis. Semoga dengan pengumuman ini dapat meringankan beban yang perlu ditanggung rakyat akibat bencana banjir. Dibawah ada petikan akhbar berkenaan pengumuman Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Kerajaan negeri perlis sedang giat mengambil langkah yang perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Beliau berkata antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.


Apabila projek ini siap nanti, masalah banjir tidak lagi membebani rakyat negeri ini. Ini kerana apabila wujud sistem tebatan banjir, masalah banjir akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. sekian

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS MUNCUL JUARA




KANGAR 28 Feb. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) dengan meraih 15 mata menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata.

Pencapaian terbaik itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul sebagai naib johan bagi kategori Paintball Robot, tempat ketiga bagi kategori Rope Climbing Robot dan tempat keempat Fire Fighting Robot pada pertandingan yang berlangsung dari 24 hingga 26 Februari lalu di Dewan 2020 di sini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP pada tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC, sekali gus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.
"Penyertaan yang diterima pada tahun ini sangat menggalakkan apabila 79 pasukan bertanding melibatkan 37 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan lain-lain institut teknikal.

"Dengan persaingan yang sangat sengit, saya berbangga kerana UniMAP masih mampu meraih juara keseluruhan sekali gus menerima piala pusingan yang diperkenalkan buat kali pertama tahun ini," katanya semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah MURoC 2012 baru-baru ini.

Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis itu.
Turut berangkat Pro Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Kata Kamarudin, mulai tahun depan penyertaan MURoC akan dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia selain universiti luar negara.

MURoC 2012 yang merupakan pertandingan teknologi robotik dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan mahasiswa.

Bagi kategori Paintball Robot, juara menjadi milik UiTM manakala tempat ketiga menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang pula dinobatkan sebagai juara kategori Rope Climbing Robot manakala tempat kedua dimenangi Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi kategori Fire Fighting Robot, pasukan dari German Malaysia Institute (GMI) muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara pula di tempat ketiga.
Anugerah Khas Mikrocip selaku penaja rasmi MURoC diraih oleh pasukan dari Universiti Multimedia manakala gerai terbaik dimenangi oleh pasukan dari UniMAP.

Hadiah kepada pemenang pertandingan adalah wang tunai RM2,000 bagi tempat pertama, RM1,750 tempat kedua dan RM1,500 bagi tempat ketiga.

Bagi kategori gerai terbaik dan pembentang poster terbaik menerima hadiah RM500 manakala rekaan robot terbaik bagi setiap kategori, pemenang membawa pulang wang tunai RM300.

Tuesday 20 March 2012

NIK AZIZ DISENARAI 50 TOKOH BERPENGARUH DI DUNIA ISLAM 2009


PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. 

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Sunday 18 March 2012

LEMBAGA BIASISWA PERLIS KESAN WARIS TANAH TERGADAI


Lembaga Biasiswa Negeri Perlis kini mengesan waris pemilik tanah yang digadai kepada Lembaga Penanam Padi negeri itu untuk mengembalikannya selepas proses penebusan selesai.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata terdapat kes tanah tergadai yang telah ditebus, namun nama dalam geran masih tidak ditukar kepada pemilik asalnya.
Sehubungan itu, Lembaga Biasiswa Negeri Perlis akan bertindak menyelesaikan kes seumpamanya dengan segera.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tanah pemilik asal iaitu Allahyarham Ahmad Che Man kepada anaknya, Radzi Ahmad, 56, di pejabat beliau hari ini.
Dr Md Isa, yang juga Pengerusi Lembaga Biasiswa Negeri Perlis, turut menyerahkan pampasan berjumlah RM59,000 kepada Radzi berikutan pengambilan tanah berkenaan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Beliau berkata tanah seluas 0.8 hektar dan terletak di mukim Utan Aji itu digadai kepada Lembaga Penanam Padi Negeri Perlis dengan nilai RM4,000 pada tahun 70-an kerana masalah kewangan dan selepas Ahmad meninggal dunia, anaknya Rosli, 53, menebusnya secara ansuran hingga selesai.
Sementara itu, Radzi, bekas pensyarah Universiti Telekom Melaka, berkata beliau bersama lapan beradik lain berterima kasih di atas perhatian Menteri Besar yang menyelesaikan masalah tanah peninggalan ayah mereka itu, kerana selama ini mereka tidak menduga ia akan diperoleh kembali.
Sebelum itu, Dr Md Isa menyampaikan dana pelajaran berjumlah RM189,000 kepada 214 pelajar membabitkan 164 di peringkat ijazah dan 50 di peringkat diploma.
Dalam ucapan pada majlis itu, beliau berkata sejak Januari lalu, sejumlah RM1.75 juta dikeluarkan sebagai dana kepada 1,683 pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah dan diploma.

MASJID RESORT KUALA PERLIS

 MENJADI imam Masjid Al-Hussain pada usia 28 tahun adalah sesuatu yang di luar jangkaan Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
Apatah lagi bertugas di masjid terapung yang terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis - pintu masuk ke Pulau Langkawi yang dikunjungi ribuan pelancong setiap tahun.
Masjid Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu.
Masjid itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu, kata Dhiya'al Hafidh. Konsep itu diterjemahkan pada laman dan suasana santai persekitarannya.
 Tidak dicat
Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu diilhamkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin.
Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.
Dari dataran masjid, pengunjung pasti terpesona melihat dinding masjid yang tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.
"Masjid ini memiliki ciri-ciri binaan yang senang dijaga dan tahan lasak selain unik rekaannya," ujar Dhiya'al Hafidh.
Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.
Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.
Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.
 Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
Jangan pula terkejut kerana pada waktu malam, anda akan melihat pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti merah, biru, putih dan hijau muncul dari menara berkembar itu.
Lampu menara
Lampu tersebut menandakan masuk waktu solat. Ia bagi kemudahan nelayan atau mereka yang sedang berada di tengah laut.
Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer.
Sebelum sampai ke ruang dalam masjid, pengunjung akan melintasi sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid tersebut.
Melangkah ke ruang dalaman masjid tersebut, rasa sejuk nyaman daripada pendingin hawa pantas menyentuh kulit apatah lagi selepas melihat batuan dinding masjid yang tertera tulisan ayat-ayat suci al-Quran.
Tulisan tersebut kebanyakannya menggunakan kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari negara tersebut.
Reka bentuk dalaman kubah masjid begitu indah dengan beraneka corak bunga-bungaan dan geometri berwarna biru emas dalam ukiran Ganch daripada seni Islam Uzbekistan zaman silam.

Di puncak dalaman kubah tersebut membulat diukir kalimah Allah sementara bahagian bawahnya bercorak bintang lima penjuru yang melambangkan lima Rukan Islam yang ditulis dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Ingeris, Arab, Cina dan Tamil.
Usai bersolat dan menyaksikan keindahannya, jangan lupa membawa pulang cenderamata kenang-kenangan iaitu jam khas jenama Citizen berharga antara RM180 hingga RM350 dan rantai kunci berharga RM12.
Menurut Dhiya'al Hafidh, hasil jualan barangan cenderamata tersebut akan disalurkan ke dalam dana masjid. Pihaknya juga merancang menghasilkan lebih banyak pilihan cenderamata pada masa hadapan.
"Masjid ini juga boleh dilawati oleh orang bukan Islam kerana salah satu fungsinya ialah sebagai produk tarikan pelancongan negeri," ujarnya.

kredit for : kosmo! online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...