GuaBlog

Showing posts with label 4 tamadun (TITAS). Show all posts
Showing posts with label 4 tamadun (TITAS). Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

GEMPA BUMI DI INDONESIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..tanggal 11 april 2011..bumi sumatera sekali lagi digegarkan oleh satu gegaran gempa bumi berukuran 8.5 skala richter..gegaran berlaku 453 kilometer di luar persisir pantai sumatra barat. Kejadian gempa tersebut membuatkan semua penduduk bumi mengingati peristiwa pada tahun 2004 dimana pada tempat yang sama berlakunya satu gegaran kuat berukuran 9.0 skala richter yang merupakan satu bencana alam terhebat di zaman moden ini.

meskipun demikian, gempa kali ini berbeza dengan gempa yang berlaku pada tahun 2004 yang menyebabkan berlakunya tsunami dan membunuh lebih dari 230 ribu nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. gempa bumi yang berlaku kali ini tidak menimbulkan tsunami.

Seorang pakar geofisika dari U.S Geological Survey, Julie Dutton "skala gempa kali ini memang sedikit lebih kecil berbanding dengan gempa pada tahun 2004 yang merupakan gempa ketiga terbesar yang pernah tercatat dalam sejarah dunia".

kata Dutton lagi "gempa kali ini berbeza dan ia dipanggil sebagai strike-slip earthquake di mana kerak bumi mengesel menyilang diantara satu sama lain dan bukannya dari atas ke bawah iaitu saling menghimpit".

"strik-slip tidak menimbulkan potensi tsunami yang besar seperti gempa yang lalu dimana kerak bergerak ke arah berlawanan," kata Dutton. "gempa seperti ini tidak akan menghasilkan tsunami kerana ia menghasilkan longsor di dasar laut."

Ketika gempa berlaku, U.S Pacific Tsunami Warning Center yang berpusat di Hawaii mengeluarkan amaran tsunami di seluruh kawasan lautan Hindi. perairan malaysia juga tidak terkecuali dimana kawasan pantai barat dan utara semenanjung berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kawasan nelayan kuala perlis di negeri perlis juga tidak terlepas dari amaran tsunami.

Setelah 24 jam dari gempa pertama berlaku amaran tsunami dihentikan apabila tiada laporan tsunami berlaku. Gempa yang kuat tersebut dapat dirasai di seluruh semenanjung malaysia apabila berada di bangunan yang tinggi.

Setiap kejadian bencana alam yang berlaku adalah satu amaran dari Allah s.w.t untuk umatnya, supaya umatnya segera bertaubat dan berbuat baik..sekian.


Sunday, 25 March 2012

PPK PEMBUATAN JUARA

gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kepada hambanya ini..

ini adalah berita terbaru yang kami dapat dari sumber yang boleh dipercayai. sebentar tadi berlangsungnya acara penutupan kejohanan sukan olahraga unimap 2012 di stadium kangar. Kejohanan yang dijalankan dalam keadaan penuh gilang gemilang dilangsungkan selama 3 hari bermula dari hari jumaat lagi.

dalam kejohanan ini PPK Pembuatan dinobatkan juara keseluruhan untuk edisi kali ini. Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan dan membantu PPK Pembuatan marangkul kejuaraan keseluruhan pertama.

menurut dari seorang pensyarah dimana namanya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu dari PPK ini berkata, "PPK Pembuatan juara keseluruhan sukan olahraga 2012..! pertama kali dalam sejarah school..tahniah kepada penyumbang mata - atlit2, kontigen perbarisan, maskot dan hiasan khemah ..KITA JUARA".sekian

berikut adalah keputusan rasmi kejohanan olahraga unimap 2012

olahragawan: atlit daripada PPK Bahan
olahragawati: atlit dari PPK alam sekitar dan bioproses (bersama)

Hiasan rumah/khemah tercantik:
pertama: PPK Mekatronik
kedua: PPK mikroelektronik
ketiga: PPK Bahan

Perbarisan/Kawad terbaik: PPK Alam sekitar

Juara keseluruhan (pingat): PPK Alam sekitar
Juara keseluruhan (pungutan mata): PPK Pembuatan

Saturday, 24 March 2012

PROJEK RM300 JUTA ATASI MASALAH BANJIR DI PERLIS



Pastinya semua masih ingat peristiwa banjir besar yang berlaku di Perlis tempohari. Banjir yang hampir menenggelamkan seluruh negeri Perlis. Semalam, kerajaan negeri Perlis mengumumkan bajet besar untuk mengatasi masalah banjir di negeri Perlis. Semoga dengan pengumuman ini dapat meringankan beban yang perlu ditanggung rakyat akibat bencana banjir. Dibawah ada petikan akhbar berkenaan pengumuman Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Kerajaan negeri perlis sedang giat mengambil langkah yang perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Beliau berkata antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.


Apabila projek ini siap nanti, masalah banjir tidak lagi membebani rakyat negeri ini. Ini kerana apabila wujud sistem tebatan banjir, masalah banjir akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. sekian

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS MUNCUL JUARA




KANGAR 28 Feb. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) dengan meraih 15 mata menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata.

Pencapaian terbaik itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul sebagai naib johan bagi kategori Paintball Robot, tempat ketiga bagi kategori Rope Climbing Robot dan tempat keempat Fire Fighting Robot pada pertandingan yang berlangsung dari 24 hingga 26 Februari lalu di Dewan 2020 di sini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP pada tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC, sekali gus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.
"Penyertaan yang diterima pada tahun ini sangat menggalakkan apabila 79 pasukan bertanding melibatkan 37 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan lain-lain institut teknikal.

"Dengan persaingan yang sangat sengit, saya berbangga kerana UniMAP masih mampu meraih juara keseluruhan sekali gus menerima piala pusingan yang diperkenalkan buat kali pertama tahun ini," katanya semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah MURoC 2012 baru-baru ini.

Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis itu.
Turut berangkat Pro Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Kata Kamarudin, mulai tahun depan penyertaan MURoC akan dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia selain universiti luar negara.

MURoC 2012 yang merupakan pertandingan teknologi robotik dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan mahasiswa.

Bagi kategori Paintball Robot, juara menjadi milik UiTM manakala tempat ketiga menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang pula dinobatkan sebagai juara kategori Rope Climbing Robot manakala tempat kedua dimenangi Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi kategori Fire Fighting Robot, pasukan dari German Malaysia Institute (GMI) muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara pula di tempat ketiga.
Anugerah Khas Mikrocip selaku penaja rasmi MURoC diraih oleh pasukan dari Universiti Multimedia manakala gerai terbaik dimenangi oleh pasukan dari UniMAP.

Hadiah kepada pemenang pertandingan adalah wang tunai RM2,000 bagi tempat pertama, RM1,750 tempat kedua dan RM1,500 bagi tempat ketiga.

Bagi kategori gerai terbaik dan pembentang poster terbaik menerima hadiah RM500 manakala rekaan robot terbaik bagi setiap kategori, pemenang membawa pulang wang tunai RM300.

Sunday, 18 March 2012

LEMBAGA BIASISWA PERLIS KESAN WARIS TANAH TERGADAI


Lembaga Biasiswa Negeri Perlis kini mengesan waris pemilik tanah yang digadai kepada Lembaga Penanam Padi negeri itu untuk mengembalikannya selepas proses penebusan selesai.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata terdapat kes tanah tergadai yang telah ditebus, namun nama dalam geran masih tidak ditukar kepada pemilik asalnya.
Sehubungan itu, Lembaga Biasiswa Negeri Perlis akan bertindak menyelesaikan kes seumpamanya dengan segera.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tanah pemilik asal iaitu Allahyarham Ahmad Che Man kepada anaknya, Radzi Ahmad, 56, di pejabat beliau hari ini.
Dr Md Isa, yang juga Pengerusi Lembaga Biasiswa Negeri Perlis, turut menyerahkan pampasan berjumlah RM59,000 kepada Radzi berikutan pengambilan tanah berkenaan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Beliau berkata tanah seluas 0.8 hektar dan terletak di mukim Utan Aji itu digadai kepada Lembaga Penanam Padi Negeri Perlis dengan nilai RM4,000 pada tahun 70-an kerana masalah kewangan dan selepas Ahmad meninggal dunia, anaknya Rosli, 53, menebusnya secara ansuran hingga selesai.
Sementara itu, Radzi, bekas pensyarah Universiti Telekom Melaka, berkata beliau bersama lapan beradik lain berterima kasih di atas perhatian Menteri Besar yang menyelesaikan masalah tanah peninggalan ayah mereka itu, kerana selama ini mereka tidak menduga ia akan diperoleh kembali.
Sebelum itu, Dr Md Isa menyampaikan dana pelajaran berjumlah RM189,000 kepada 214 pelajar membabitkan 164 di peringkat ijazah dan 50 di peringkat diploma.
Dalam ucapan pada majlis itu, beliau berkata sejak Januari lalu, sejumlah RM1.75 juta dikeluarkan sebagai dana kepada 1,683 pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah dan diploma.

MASJID RESORT KUALA PERLIS

 MENJADI imam Masjid Al-Hussain pada usia 28 tahun adalah sesuatu yang di luar jangkaan Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
Apatah lagi bertugas di masjid terapung yang terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis - pintu masuk ke Pulau Langkawi yang dikunjungi ribuan pelancong setiap tahun.
Masjid Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu.
Masjid itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu, kata Dhiya'al Hafidh. Konsep itu diterjemahkan pada laman dan suasana santai persekitarannya.
 Tidak dicat
Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu diilhamkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin.
Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.
Dari dataran masjid, pengunjung pasti terpesona melihat dinding masjid yang tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.
"Masjid ini memiliki ciri-ciri binaan yang senang dijaga dan tahan lasak selain unik rekaannya," ujar Dhiya'al Hafidh.
Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.
Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.
Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.
 Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
Jangan pula terkejut kerana pada waktu malam, anda akan melihat pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti merah, biru, putih dan hijau muncul dari menara berkembar itu.
Lampu menara
Lampu tersebut menandakan masuk waktu solat. Ia bagi kemudahan nelayan atau mereka yang sedang berada di tengah laut.
Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer.
Sebelum sampai ke ruang dalam masjid, pengunjung akan melintasi sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid tersebut.
Melangkah ke ruang dalaman masjid tersebut, rasa sejuk nyaman daripada pendingin hawa pantas menyentuh kulit apatah lagi selepas melihat batuan dinding masjid yang tertera tulisan ayat-ayat suci al-Quran.
Tulisan tersebut kebanyakannya menggunakan kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari negara tersebut.
Reka bentuk dalaman kubah masjid begitu indah dengan beraneka corak bunga-bungaan dan geometri berwarna biru emas dalam ukiran Ganch daripada seni Islam Uzbekistan zaman silam.

Di puncak dalaman kubah tersebut membulat diukir kalimah Allah sementara bahagian bawahnya bercorak bintang lima penjuru yang melambangkan lima Rukan Islam yang ditulis dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Ingeris, Arab, Cina dan Tamil.
Usai bersolat dan menyaksikan keindahannya, jangan lupa membawa pulang cenderamata kenang-kenangan iaitu jam khas jenama Citizen berharga antara RM180 hingga RM350 dan rantai kunci berharga RM12.
Menurut Dhiya'al Hafidh, hasil jualan barangan cenderamata tersebut akan disalurkan ke dalam dana masjid. Pihaknya juga merancang menghasilkan lebih banyak pilihan cenderamata pada masa hadapan.
"Masjid ini juga boleh dilawati oleh orang bukan Islam kerana salah satu fungsinya ialah sebagai produk tarikan pelancongan negeri," ujarnya.

kredit for : kosmo! online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...