GuaBlog

Friday 11 May 2012

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN BUNGA TULIP


































































Bunga tulip di Keukenhof Belanda hanya berbunga dan berkembang dalam masa dua bulan sahaja. Jadinya, untuk melihat kecantikan bunga tulip ini, masa terbaik untuk ke Keukenhof adalah antara minggu keempat Mac sehingga minggu ketiga Mei setiap tahun.

Anda bayangkan dalam masa dua bulan ini, taman bunga ini berjaya menarik jutaan pelancong dan pendapatan utama dalam masa dua bulan ini mampu menampung perbelanjaan menguruskan operasi taman ini selama setahun.

Kalau dalam model perniagaan, bukan mudah 2 bulan pendapatan untuk tampung 12 bulan operasi. Dikatakan juga, bahawa dalam tempoh dua bulan ini, jumlah klik (orang ambil gambar) di taman ini melebihi mana2 tempat lain di seluruh dunia!

Moga anda menikmati kecantikan dan keindahan bunga tulip, suatu bunga yang unik kerana kejadiannya melalui tujuh peringkat sepertimana kejadian penzahiran manusia melalui tujuh peringkat alam dan tujuh peringkat nafsu.

Apa yang unik lagi tentang bunga tulip adalah dua bulan itulah (Mac-Mei) ia berkembang, berkelopak dan mengeluarkan bunga yang cantik sebelum layu semula dan 'tinggal dalam bumi'.
 
credit for:












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...