GuaBlog

Friday 18 May 2012

THE RED WARRIORS

assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah pemberi segala nikmat di dunia dan di akhirat..dalam masa 5 tahun berturut-turut pasukan bola sepak kelantan berjaya layak ke peringkat akhir di mana pada tahun 2008 layak ke paringkat akhir piala FA,2009 piala malaysia,2010 piala malaysia,2011 piala FA dan tahun ini iaitu 2012 piala FA..

malam ini akan berlangsungnya satu perlawanan diantara kelantan FA dan juga sime dirby FC di stadium nasional bukit jalil..kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan mempunyai matlamatnya yang tersendiri..piala FA adalah satu-satunya piala yang masih belum dimiliki kelantan..ini menyebabkan pasukan kelantan tekad akan membawa balik piala FA ke bumi kelantan..manakala sime dirby pula memburu piala FA sebagai pasukan 'club' pertama ingin mengangkat piala FA ini.

seperti yang dijangkakan peminat bola sepak kelantan akan berpusu-pusu ke ibu kota untuk memberi sokongan kepada pasukan kesanyangan mereka ini..ini dibuktikan dengan berribu2 kereta serta di khabarkan hampir seratus bas milik penyokong kelantan menghala ke ibu kota sejak dari semalam lagi..ada peminat yang menggunakan kapal terbang..dan tidak pula ada yang menggunakan kereta api yang dipanggil sebagai warriors ekspress..dikhabarkan kereta api yang bertolak semalam dari wakaf baru tumpat kelantan penuh dengan penyokong yang hendak ke bukit jalil

tidak dinafikan lagi kelantan telah banyak merubah suasana bola sepak negara yang dulunya sepi seketika..kami yang telah pun sampai di ibu kota awal 2 hari telah pun membuat persiapan untuk ke stadium malam ini..kami sebagai rakyat kelantan mendoakan kejayaan pasukan kelantan..dan semoga semua penyokong kelantan menjaga nama baik negeri..sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...