GuaBlog

Friday 11 May 2012

KELANTAN MARA KE FINAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..bersyukur kehadirat Ilahi dek kerana masih lagi memberi peluang untuk kami terus bernafas dan terus beramal kepadaNya..

Sudah lama blog ini tidak dihiasi dengan post yang sempoi dari kami..kerana sebelum ini kami hanya menulis kisah berkenaan dengan negeri perlis sebagai tugasan dari pensyarah kami..tugasan yang diberi itu sudah pun dilaksanakan dengan penuh jayanya..kami semua telah menempuhinya dengan penuh cabaran dan dugaan..

baru2 ini ada satu perlawanan bola sepak piala FA yang dilangsungkan di stadium darul aman alor star..dimana  dua pasukan bola berentap iaitu kedah menerima kunjungan kelantan..kami yang pertama kali menjejakkan kaki di stadium darul aman berasa teruja dengan suasana di stadium darul aman ini..ia sama dengan stadium sultan muhammad 4 di kota baru..

dalam perlawanan tersebut pasukan kelantan telah menewaskan pasukan kedah dengan jaringan 2-2 dan kelantan layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan..sebelum kami ke stadium darul aman kami ada bertanya adakah penyokong kedah boleh menerima penyokong kelantan?ramai yang bagi tahu kat stadium darul aman susah nk berlaku kekecohan..

cuma pada pendapat kami pihak stadium perlu menitik beratkan masalah kemasukan penonton ke dalam stadium kerana pada perlawanan tersebut kami mengalami masalah kemasukan yang kurang lancar..dinama kurangnya pihak berkuasa yang menjaga di pintu2 masuk di stadium

kami sebagai penyokong tegar kelantan mangucapkan tahniah kepada pasukan kelantan kerana telah layak ke final piala FA pada 19 mei nanti..untuk pasukan kedah dan penyokongnya..kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayan kunjungan kami dengan baik sekali..bagi kami yang pernah ke stadium lain di malaysia ini, darul aman adalah paling best..gomo kelate gomo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...