GuaBlog

Sunday 27 May 2012

KISAH 19 MEI 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..sekalin puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan untuk aku terus beramal dan berbakti pada-Nya.

kalau kisah 13 mei mungkin ramai yang tahu kerana ada tercalit sedikit sejarah disitu..lupakan soal 13 mei..kalau cakap banyak2 pun mungkin akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini..19 mei 2012..tercatat beberapa sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila pasukan kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang piala FA

dua tahun lepas pasukan kelantan telah juga mencipta sejarah apabila buat pertama kali menjulang piala malaysia yang merupakan piala tertua di asia..di saat itu air mata aku terus mengalir tanda bersyukur kepada Allah yang telah memberi kejayaan kepada pasukan kesayangan aku ini..

pada kejohanan piala FA 2012 kali ini juga membuat air mata ini sekali lagi mengalir tanda bersyukur kepada Allah..sejarah tercipta apabila peyokong the red warriors berjaya memenuhi stadium bukit jalil yang berkasiti 100 ribu..dan air mata ini juga mengalir terknangkan abah yang berada di kapung yang dahulunya tidak akan pernah 'miss' perlawanan final yang melibatkan pasukan kelantan..tapi pada kali ini abah tidak dapat ke bukit jalil kerana masalah umur dan keuzuran..

terdetik hati ini ingin membawa abah ke stadium apabila melihat seorang pemuda membawa ayahnya ke stadium untuk melihat wira2 merah beraksi..kalaulah aku mampu untuk membawa abah ke stadium dengan harapan abah akan sekali lagi dapat melihat pasukan kelantan menjulang piala seperti pada tahun 2010..mungkin satu hari nanti...sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...